Tidak lama lagi, satu pilihan raya kecil akan berlangsung di Bagan Pinang, Port Dickson.
Kalau ikut perkiraan dan ramalan, PRK Bagan Pinang dijangka berlangsung pada musim Hari Raya. Tentu pengundi di sini akan merasa seronok kerana dua "raya " dapat dijalankan serentak dalam tempoh ini.Banyaklah majlis hari raya diadakan sepanjang tempoh berkempen nanti.
Itu tidak penting. Yang penting sekarang, bolehkan BN mengekalkan kerusinya di sini.BN memang mantap di sini.UMNO yang dipimpin oleh Tan Sri Isa Samad berada dikedudukan yang stabil.Pembangunan di sini berterusan dan berkesinambungan.Maklumlah ianya terletak di daerah pelancongan yang terkenal di negara ini. Ia menjadi tumpuan segenap lapisan masyarakat samada dari dalam mahupun luar negera untuk berkunjung di sini.
Salah satu faktor yang membolehkan BN mengekalkan penguasaannya di sini ialah strategi berkempen. Tidak ada makna BN mempunyai jumlah petugas dan jentera partinya yang kuat kalau tidak strategi yang mantap. Faktor penarik ( wow - factor) seperti yang pernah disuarakan oleh Tan Sri Muhyidin Yassin perlu diberi perhatian. Faktor inilah yang bakal menaikkan imej BN / UMNO dan seterusnya menjadikan BN/UMNO sebagai sebuat parti yang menarik dan menguntungkan pengundi.
Usahlah difikirkan siapa calon yang diputuskan oleh pucuk pempinan parti. Usah dipertikaikan calon itu "orang siapa ", dari mana asal usulnya, siapa "godfather"nya. Kerana inilah yang mendorong pengundi lari meninggalkan BN.
Pulihkanlah imej parti kita. Perbaiki penampilan parti kita di mata rakyat.Tanamkan semangat untuk menang.Kekalkan perpaduan dan persefahaman atau satu sama lain.Fikirkan kejayaan.
Jangan tunjukkan kelemahan kita di khalayak pembangkang kerana itu merupakan senjata paling ampuh buat pembangkang untuk menyerang kita.
Kepada pengundi di Bagan Pinang, saya ucapkan selamat mengundi. Kepada petugas-petugas dan jentera parti khususnya dari luar Negeri Sembilan diucapkan selamat datang ke Negeri Sembilan. Semoga kita akan berkempen secara lebih tertib dan memperolehi kejayaan sebagaimana yang diharapkan.
Monday, September 7, 2009
Sunday, September 6, 2009
Mereka Yang Beruntung Di Bulan Puasa
Bulan Ramadan dah pun masuk ke pertengahannya.Waktu ini "mood" dah beralih ke persiapan menyambut hari raya.Waktu ini juga banyak aktiviti yang bercorak Ihya Ramadan dijalankan oleh jabatan, agensi kerajaan, NGO dan juga orang persaorangan.Boleh dikatakan setiap hari ada saja majlis berbuka puasa diadakan.
Adalah tidak sempurna sekiranya di bulan Ramadan ini tidak ada sumbangan diberikan kepada orang miskin, ibu tunggal, anak-anak yatim dan lain-lain golongan yang memerlukan.Sebenarnya inilah salah satu amal ibadah yang sangat dituntut di sepanjang bulan Ramadan. Sekurang-kurangnya sumbangan yang seperti ini dapat meringankan beban mereka untuk membuat persiapan hari raya nanti.
Oleh kerana banyak pertubuhan dan ramai pula individu yang bermurah hati untuk bersedekah di sepanjang Ramadan ini, maka jumlah yang hendak disampaikan juga banyak.Alangkah gembiranya mereka selepas menerima sumbangan dari YB Kawasan berkenaan.
Alangkah beruntung dan bertuahnya golongan miskin di negara ini.Dari masa ke masa ada saja orang yang bermurah hati untuk menderma.Hinggakan kalau nak dihitung jumlah sumbangan wang tunai yang diterimanya dengan gaji yang sedia ada,rasa-rasanya tewas kita.
Begitulah baiknya kerajaan yang ada sekarang ini.Tanpa pilih kasih, bantuan dan sumbangan tetap terus dihulur kepada mereka yang memerlukan. Sekiranya tahun ini kita dikategorikan sebagai penerimanya, maka adalah lebih baik tahun depan kita takpayah tunggu lagi.

Subscribe to:
Posts (Atom)