PEREMPUAN ITU IBARAT……..
Masa umurnya 18 tahun- macam bola sepak, dihurung oleh 22 orang
Masa umurnya 22 tahun- macam bola ragbi, 14 orang bergasak-gasak untuk mendapatkannya
Masa umurnya 38 tahun- macam bola golf, seorang sebiji, pukullah ke mana pun….
Bila umurnya 48 tahun- macam pingpong, dua pemain saling bertolak-tolak bola.
LELAKI ITU IBARAT ………
Masa umurnya 20 tahun- macam buah kelapa, banyak benda boleh dibuat daripadanya,
tapi kecik sangat!
Masa umurnya 30 tahun- macam durian, berbahaya tetapi lazat
Masa umurnya 40 tahun- macam tembikai, besar dan bulat
Masa umurnya 50 tahun- macam limau mandarin, musimnya datang sekali setahun
Masa umurnya 60 tahun- macam kismis, kering, berkedut dan murah.
APA PENDAPAT LELAKI TENTANG WANITA?
· Ketika usianya 17-20 tahun, wanita itu seperti benua Afrika. Baru separuh diteroka,
separuh lagi dipenuhi hutan belantara, alam semulajadinya cukup indah dengan delta
yang subur.
· 21-30 tahun, macam benua Amerika. Maju, amat produktif dan berharga dari segi
perdagangan.
· 31-35 tahun, macam benua India. Sangat panas, percaya dengan kecantikan diri.
· 36-40 tahun, macam Perancis. Sudah berusia tapi masih hangat dan banyak tempat untuk
dilawati!
· 41-50 tahun, macam Yugoslavia. Kalah perang, dihantui kesilapan silam dan perlu
dibangunkan semula.
· 51-60 tahun, macam Rusia. Sangat luas hingga sempadannya tak termampu dijaga
sepenuhnya, cuacanya melampau, semua orang jauhkan diri.
· 61-70 tahun, macam Mongolia. Sejarah silamnya sungguh hebat tapi masa depannya…?
· 70 tahun ke atas, macam Afghanistan. Semua orang tahu lokasinya tapi tiada siapa yang
sudi melawat!
Tuesday, June 30, 2009
Sunday, June 28, 2009
1 Malaysia Untuk Semua Rakyat Malaysia
Semua rakyat Malaysia sudah biasa mendengar ungkapan "1 Malaysia ".Di mana mana akhbar arus perdana, slogan ini sentiasa menjadi wadah berita mereka. Tentu kita masih ingat slogan " Apakah Sumbangan Anda Kepada Agama, Bangsa dan Negara" yang diperkenalkan oleh Tun Dr.Mahathir semasa beliau mengambil alih kepimpinan negara pada 1982. Slogan ini dihiasi dan dimurnikan lagi dengan konsep Bersih, Cekap dan Amanah sebagai pelengkap kepada stretegi kepimpinan beliau ketika itu.
Era Tun Abdullah Badawi pula , slogan " Cemerlang, Gemilang dan Terbilang " dijadikan asas kepada suatu pendekatan murni ke arah mencapai kejayaan negara. Cemerlang, Gemilang dan Terbilang ( CGT ) mengajak rakyat supaya lebih berusaha untuk menjayakan matalamat Wawasan 2020.Ianya adalah kesinambungan dari kepimpinan Tun Dr.Mahathir.Meskipun tidak ada perubahan tetapi usaha penambaikan dan penyesuaian digarap semula supaya ianya bertepatan dengan kehendak semasa.
Bila Datuk Seri Najib Tun Razak menggantikan Pak Lah ( Tun Abdullah Badawi ) , diperkenalkan pula konsep "1 Malaysia- Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan ". Walau apa pun slogan atau konsep yang diperkenalkan ianya mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk mencapai perpaduan nasional.
1 Malaysia membawa maksud meningkatkan penghayatan rakyat pelbagai kaum dan agama terhadap aspek perpaduan nasional. Ianya juga bertujuan bagi membina perpaduan yang lebih kental dan penghayatan yang lebih mendalam mengenai perpaduan nasional.
Perpaduan merupakan elemen penting di dalam mencapai sesuatu kejayaan.Tanpanya tiada kejayaan yang akan dicapai. Sesuatu bangsa yang ada di negara ini tidak akan memperolehi kejayaan tanpa adanya sokongan dan bantuan dari kaum-kaum yang lain. Orang Melayu tidak boleh "berdiri sendiri" tanpa orang Cina dan India. Kejayaan kaum Cina menguasai perniagan dan ekonomi adalah kerana adanya sokongan dari Melayu dan India. Kaum India pula, kejayaannya adalah kerana orang Melayu dan Cina dapat menjalin kerjasama yang erat.
Oleh itu, di dalam konsep 1 Malaysia ini, kaum Melayu, Cina dan India hendaklah faham dan sedar bahawa mereka mempunyai satu tanggung jawab yang berat untuk memastikan kejayaan negara yang kita cintai ini.Kaum Melayu , Cina dan India tidak seharusnya terlalu memikirkan apakah hak hak mereka di dalam 1 Malaysia ini.
Hak semua kaum dan rakyat Malaysia memang sedia ada. Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukan segalanya. Tidak ada pihak yang boleh menggugat hak hak yang diperuntukan ini.Tambahan pula, 1 Malaysia yangdigarap begitu teliti ini adalah pemangkin kepada pewujudan negara bangsa yang dapat membina Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaabn di kalangan rakyat.
Berdasarkan kepada tiga prinsip utama iaitu prinsip penerimaan, prinsip kenegaraan dan prinsip keadilan sosial; matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang memiliki nilai hidup yang mulia di kalangan rakyatnya.. Matlamat Wawasan 2020 sebagai gagasan untuk memupuk perpaduan di kalangan berbilang kaum di negara ini akan dapat dicapai.

Sunday, June 21, 2009
Juru Acara dan Pengacara Majlis
Sekali kita pandang tugas seorang juru acara atau pengacara majlis atau lebih glamor di panggil MC samaada majlis rasmi atau tidak rasmi adalah mudah. Tugasnya hanya menyebut dan mengalukan nama-nama vvip, vip atau tetamu kehormat lain yang hadir. Seterusnya jemput mereka untuk berucap berdasarkan atur cara yang telah ditetapkan. Di akhir majlis jemput mereka untuk membuat gimik perasmian, sampaikan hadiah dan cenderamata dan seterusnya jemput ke majlis jamuan. Selesailah tugasnya. Kalau nak hitung perkataan yang diucapkan oleh MC berkenaan tidak sampai seratus patah perkataan.Masa sekolah dulu, kita buat karangan sekurang-kurangnya lima ratus patah perkataan.
Ramai memandang dan beranggapan tugas sebagai MC ini suatu tugas yang penuh glamour.Namun tidak seorangpun sedar dan faham bahawa tugas MC merupakan suatu tugas yang memerlukan kekuatan mental dan fizikal.Tanpa kekuatan ini, MC tidak akan dapat mengacarakan majlis ini dengan jayanya. Pasti akan berlaku kesilapan yang menyebabkan perjalanan majlis berkenaan tidak sempurna.Sebab itulah bila sebut bab MC ini, ramai yang menolak.
Untuk menjadi seorang MC yang baik, sesaorang itu perlu diberi banyak pendedahan.Beri peluang mereka untuk mengacarakan majlis-majlis samada majlis yang besar atau sebaliknya.Ini merupakan satu latihan yang sebenar yang akan memberi kesan yang mendalam dari aspek membentuk keyakinan dan kemahiran mereka. Latihan yang diadakan dalam bentuk kursus dan bengkel belum tentu dapat membina keyakinan sesaorang itu untuk berhadapan dengan khalayak.
Apapun, MC ini merupakan seorang manusia seperti kita. Ada salah dan ada silapnya. Bila pengacaraannya berjaya, penganjur hanya ucapkan terima kasih. Di hadapan umum,YB atau YAB datang untuk ucap terima kasih.Orang ramai memandangnya hebat.Bertambah glamourlah dia. Tapi kalau tersilap ( bukan silap), rasakanlah sendiri tekanan emosi luaran dan dalaman.Tidak akan ada orang yang akan simpati dengan kita.Itu sebabnya tadi saya nyatakan sesaorang MC itu perlu memilik kekuatan mental dan fizikal.
Cukuplah.... nanti kita sambung cerita suka duka seorang MC di Jabatan Penerangan yang adakalanya tersenyum riang selepas selesai majlis ataupun yang terpaksa sembunyi di belakang pentas selepas majlis berakhir.
Panas Jadi Sejuk....
Setelah berbulan dilanda panas terik walaupun sesekali mendong, akhirnya penduduk sekitar Pekan Tampin dikejutkan dengan angin kencang. Ada cakap angin ribut. Kejadian yang berlaku pada jam 2.00 ptg telah mengakibatkan beberapa rumah di Taman Gunung Mas Tampin Jaya mengalami kerosakan kecil Atap rumah diterbangkan angin. Rumah dimasuki air hujan.
Mujurlah tidak ada kerosakan harta benda yang lain.Paling bersyukur ialah tidak yang cedera.
Mungkin ini satu ujian Allah SWT terhadap kita. Semoga kita sedar dan insaf bahawa dugaan Allah biasanya datang tanpa kita duga. Jangan selalu mengeluh cuaca sekarang ni begitu panas.Duduk di rumah panas, berjalan ke luarpun panas, hinggakan nak pergi solat jumaatpun ada yang mengeluh panas.
Di rumah kita pasang kipas padar kadar maksimunpun masih terasa bahangnya.kadangkala suhu waktu malam lebih bahang dari siang.Ada yang tidur di ruang tamu kerana suhu dalam bilik terasa panas.Mahu tak mahu terpaksalah pasang pendingin udara di dalam bilik tidur. Seronoklah tidur di dalam bilik tidur yang dingin.
Baru seminggu pasang " air-cond" , ada seorang teman tu mengeluh kerana bil letrik meningkat dua kali ganda. Ada pula yang baru seminggu tidur dalam Air-cond, dah tak tahan sejuk. Orang kampung katakan...Mana tak sejuk, guna selimut nipis.
Apa pun, kita patut bersyukur nikmat yang dikurniakan Allah Taala kepada kita.Nikmat panas dan sejuk adalah sebagai perbandingan.Kalau ada panas pasti ada sejuk. Kalau dua-dua sejuk, ia jadi beku, kalau dua-dua panas, ia jadi kacau. Yang bagusnya kalau satu panas dan satu lagi sejuk. Dia takkan buat kacau. Aman selalu.

Subscribe to:
Posts (Atom)