Bulan Ramadan dah pun masuk ke pertengahannya.Waktu ini "mood" dah beralih ke persiapan menyambut hari raya.Waktu ini juga banyak aktiviti yang bercorak Ihya Ramadan dijalankan oleh jabatan, agensi kerajaan, NGO dan juga orang persaorangan.Boleh dikatakan setiap hari ada saja majlis berbuka puasa diadakan.
Adalah tidak sempurna sekiranya di bulan Ramadan ini tidak ada sumbangan diberikan kepada orang miskin, ibu tunggal, anak-anak yatim dan lain-lain golongan yang memerlukan.Sebenarnya inilah salah satu amal ibadah yang sangat dituntut di sepanjang bulan Ramadan. Sekurang-kurangnya sumbangan yang seperti ini dapat meringankan beban mereka untuk membuat persiapan hari raya nanti.
Oleh kerana banyak pertubuhan dan ramai pula individu yang bermurah hati untuk bersedekah di sepanjang Ramadan ini, maka jumlah yang hendak disampaikan juga banyak.Alangkah gembiranya mereka selepas menerima sumbangan dari YB Kawasan berkenaan.
Alangkah beruntung dan bertuahnya golongan miskin di negara ini.Dari masa ke masa ada saja orang yang bermurah hati untuk menderma.Hinggakan kalau nak dihitung jumlah sumbangan wang tunai yang diterimanya dengan gaji yang sedia ada,rasa-rasanya tewas kita.
Begitulah baiknya kerajaan yang ada sekarang ini.Tanpa pilih kasih, bantuan dan sumbangan tetap terus dihulur kepada mereka yang memerlukan. Sekiranya tahun ini kita dikategorikan sebagai penerimanya, maka adalah lebih baik tahun depan kita takpayah tunggu lagi.
Sunday, September 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment