Thursday, August 13, 2009

Perpaduan dan Perkauman

Agenda perpaduan nasional sekarang ini hanya menjadi agenda sampingan yang hanya diperkatakan sebelum mana-mana pilihan raya atau semasa hari-hari perayaan.Rukun Negara juga hanya menjadi lirik nyanyian Hari Kemerdekaan.

Walaupun amat ketara dan jelas hari ini bahawa hubungan kaum begitu rapuh sekali, usaha untuk penyatuan nasional tidak mendapat perhatian rakyat.Berbagai usaha dilakukan untuk memupuk perpaduan nasional namun ianya merupakan kosmatik yang sentiasa menghiasi landskap hidup rakyat. Perpaduan hanya diterjemahkan di dalam majlis majlis rasmi anjuran kerajaan. Kaum Cina, India dan lain- lainnya diundang untuk memenuhi kuota jemputan. Ia merupakan salah satu syarat untuk penganjurannya

Sesekali kita dengar usaha untuk mengubal Race Relations Act, iaitu akta untuk memperbaiki hubungan kaum supaya tidak ada diskriminasi dan penganiayaan. Malangnya usaha ini tidak berjaya kerana difahamkan bahawa amat sukar untuk menjayakan akta ini.

Apakah puncanya ? Adakah kerajaan yang mmerintah tidak serius di dalam hal ini atau ianya sengaja dibiarkan untuk dijadikan resipi politik oleh sesetengah pihak.

Bila Barrack Obama menang pemilihan Presiden Amerika, seluruh dunia gembira dengan kemenangan ini seolah-olah meramalkan suasana yang sama akan timbul di negara kita. Sebenarnya Malaysia dan Amerika adalah dua negara yang sangat berbeza.Tafsiran demokrasi di Amerika tidak sama dengan amalan demokrasi di Malaysia.Dunia bangga, Obama, seorang rakyat kulit hitam berjaya menjadi prseiden di negara Mat Saleh ini. Sepatutnya kaum seperti Obama ini telah lama menjadi presiden di Amerika.

Di Malaysia, perkauman menjadi satu norma, tidak ada rasa malu dean segan bila kita mempraktikkan diskriminasi berasaskan kaum dan agama. Kitalah satu-satunya negara di dunia ini di mana kumpulan majoriti( Melayu ) memerlukan undang-undang keistimewaan hak sedangkan pada kebiasaannya kumpulan minoritilah yang memerlukan perlindungan ini.

Saya tidak kata bahawa orang Melayu mesti melepaskan kuasa, tetapi kita juga kena tahu berkongsi kuasa.Kalau kita menghormati kaum lain, saya yakin dan percaya kaum lain juga akan menghormati kita.Orang Cina tidak akan ganggu hak dan keistimewaan Melayu kerana itu telah termaktub di dalam Perlembagaan.Mereka hanya minta agar hak-hak mereka tidak dinafikan sebagai mana yang terkandung di dalam perlembagaan.

Api perkauman ditiup setiap hari dalam akhbardan media tanpa mengira kesannya.Kita jangan lupa bahawa negara kita negara majmuk, pelbagai kaum, budaya dan agama.Dari kalangan bumiputera, kita mempunyai banyak kumpulan etnik dan agama. Kalau hanya nasionalisme Melayu yang perlu dijaga, apa pula kedudukan nasionalisme Cina, India, Iban dan Kadazan

No comments:

Post a Comment