Sekali kita pandang tugas seorang juru acara atau pengacara majlis atau lebih glamor di panggil MC samaada majlis rasmi atau tidak rasmi adalah mudah. Tugasnya hanya menyebut dan mengalukan nama-nama vvip, vip atau tetamu kehormat lain yang hadir. Seterusnya jemput mereka untuk berucap berdasarkan atur cara yang telah ditetapkan. Di akhir majlis jemput mereka untuk membuat gimik perasmian, sampaikan hadiah dan cenderamata dan seterusnya jemput ke majlis jamuan. Selesailah tugasnya. Kalau nak hitung perkataan yang diucapkan oleh MC berkenaan tidak sampai seratus patah perkataan.Masa sekolah dulu, kita buat karangan sekurang-kurangnya lima ratus patah perkataan.
Ramai memandang dan beranggapan tugas sebagai MC ini suatu tugas yang penuh glamour.Namun tidak seorangpun sedar dan faham bahawa tugas MC merupakan suatu tugas yang memerlukan kekuatan mental dan fizikal.Tanpa kekuatan ini, MC tidak akan dapat mengacarakan majlis ini dengan jayanya. Pasti akan berlaku kesilapan yang menyebabkan perjalanan majlis berkenaan tidak sempurna.Sebab itulah bila sebut bab MC ini, ramai yang menolak.
Untuk menjadi seorang MC yang baik, sesaorang itu perlu diberi banyak pendedahan.Beri peluang mereka untuk mengacarakan majlis-majlis samada majlis yang besar atau sebaliknya.Ini merupakan satu latihan yang sebenar yang akan memberi kesan yang mendalam dari aspek membentuk keyakinan dan kemahiran mereka. Latihan yang diadakan dalam bentuk kursus dan bengkel belum tentu dapat membina keyakinan sesaorang itu untuk berhadapan dengan khalayak.
Apapun, MC ini merupakan seorang manusia seperti kita. Ada salah dan ada silapnya. Bila pengacaraannya berjaya, penganjur hanya ucapkan terima kasih. Di hadapan umum,YB atau YAB datang untuk ucap terima kasih.Orang ramai memandangnya hebat.Bertambah glamourlah dia. Tapi kalau tersilap ( bukan silap), rasakanlah sendiri tekanan emosi luaran dan dalaman.Tidak akan ada orang yang akan simpati dengan kita.Itu sebabnya tadi saya nyatakan sesaorang MC itu perlu memilik kekuatan mental dan fizikal.
Cukuplah.... nanti kita sambung cerita suka duka seorang MC di Jabatan Penerangan yang adakalanya tersenyum riang selepas selesai majlis ataupun yang terpaksa sembunyi di belakang pentas selepas majlis berakhir.
No comments:
Post a Comment