Setelah berbulan dilanda panas terik walaupun sesekali mendong, akhirnya penduduk sekitar Pekan Tampin dikejutkan dengan angin kencang. Ada cakap angin ribut. Kejadian yang berlaku pada jam 2.00 ptg telah mengakibatkan beberapa rumah di Taman Gunung Mas Tampin Jaya mengalami kerosakan kecil Atap rumah diterbangkan angin. Rumah dimasuki air hujan.
Mujurlah tidak ada kerosakan harta benda yang lain.Paling bersyukur ialah tidak yang cedera.
Mungkin ini satu ujian Allah SWT terhadap kita. Semoga kita sedar dan insaf bahawa dugaan Allah biasanya datang tanpa kita duga. Jangan selalu mengeluh cuaca sekarang ni begitu panas.Duduk di rumah panas, berjalan ke luarpun panas, hinggakan nak pergi solat jumaatpun ada yang mengeluh panas.
Di rumah kita pasang kipas padar kadar maksimunpun masih terasa bahangnya.kadangkala suhu waktu malam lebih bahang dari siang.Ada yang tidur di ruang tamu kerana suhu dalam bilik terasa panas.Mahu tak mahu terpaksalah pasang pendingin udara di dalam bilik tidur. Seronoklah tidur di dalam bilik tidur yang dingin.
Baru seminggu pasang " air-cond" , ada seorang teman tu mengeluh kerana bil letrik meningkat dua kali ganda. Ada pula yang baru seminggu tidur dalam Air-cond, dah tak tahan sejuk. Orang kampung katakan...Mana tak sejuk, guna selimut nipis.
Apa pun, kita patut bersyukur nikmat yang dikurniakan Allah Taala kepada kita.Nikmat panas dan sejuk adalah sebagai perbandingan.Kalau ada panas pasti ada sejuk. Kalau dua-dua sejuk, ia jadi beku, kalau dua-dua panas, ia jadi kacau. Yang bagusnya kalau satu panas dan satu lagi sejuk. Dia takkan buat kacau. Aman selalu.
Sunday, June 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment