Sunday, June 28, 2009

1 Malaysia Untuk Semua Rakyat Malaysia

Semua rakyat Malaysia sudah biasa mendengar ungkapan "1 Malaysia ".Di mana mana akhbar arus perdana, slogan ini sentiasa menjadi wadah berita mereka. Tentu kita masih ingat slogan " Apakah Sumbangan Anda Kepada Agama, Bangsa dan Negara" yang diperkenalkan oleh Tun Dr.Mahathir semasa beliau mengambil alih kepimpinan negara pada 1982. Slogan ini dihiasi dan dimurnikan lagi dengan konsep Bersih, Cekap dan Amanah sebagai pelengkap kepada stretegi kepimpinan beliau ketika itu.

Era Tun Abdullah Badawi pula , slogan " Cemerlang, Gemilang dan Terbilang " dijadikan asas kepada suatu pendekatan murni ke arah mencapai kejayaan negara. Cemerlang, Gemilang dan Terbilang ( CGT ) mengajak rakyat supaya lebih berusaha untuk menjayakan matalamat Wawasan 2020.Ianya adalah kesinambungan dari kepimpinan Tun Dr.Mahathir.Meskipun tidak ada perubahan tetapi usaha penambaikan dan penyesuaian digarap semula supaya ianya bertepatan dengan kehendak semasa.

Bila Datuk Seri Najib Tun Razak menggantikan Pak Lah ( Tun Abdullah Badawi ) , diperkenalkan pula konsep "1 Malaysia- Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan ". Walau apa pun slogan atau konsep yang diperkenalkan ianya mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk mencapai perpaduan nasional.

1 Malaysia membawa maksud meningkatkan penghayatan rakyat pelbagai kaum dan agama terhadap aspek perpaduan nasional. Ianya juga bertujuan bagi membina perpaduan yang lebih kental dan penghayatan yang lebih mendalam mengenai perpaduan nasional.

Perpaduan merupakan elemen penting di dalam mencapai sesuatu kejayaan.Tanpanya tiada kejayaan yang akan dicapai. Sesuatu bangsa yang ada di negara ini tidak akan memperolehi kejayaan tanpa adanya sokongan dan bantuan dari kaum-kaum yang lain. Orang Melayu tidak boleh "berdiri sendiri" tanpa orang Cina dan India. Kejayaan kaum Cina menguasai perniagan dan ekonomi adalah kerana adanya sokongan dari Melayu dan India. Kaum India pula, kejayaannya adalah kerana orang Melayu dan Cina dapat menjalin kerjasama yang erat.

Oleh itu, di dalam konsep 1 Malaysia ini, kaum Melayu, Cina dan India hendaklah faham dan sedar bahawa mereka mempunyai satu tanggung jawab yang berat untuk memastikan kejayaan negara yang kita cintai ini.Kaum Melayu , Cina dan India tidak seharusnya terlalu memikirkan apakah hak hak mereka di dalam 1 Malaysia ini.

Hak semua kaum dan rakyat Malaysia memang sedia ada. Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukan segalanya. Tidak ada pihak yang boleh menggugat hak hak yang diperuntukan ini.Tambahan pula, 1 Malaysia yangdigarap begitu teliti ini adalah pemangkin kepada pewujudan negara bangsa yang dapat membina Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaabn di kalangan rakyat.

Berdasarkan kepada tiga prinsip utama iaitu prinsip penerimaan, prinsip kenegaraan dan prinsip keadilan sosial; matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang memiliki nilai hidup yang mulia di kalangan rakyatnya.. Matlamat Wawasan 2020 sebagai gagasan untuk memupuk perpaduan di kalangan berbilang kaum di negara ini akan dapat dicapai.

No comments:

Post a Comment